Saturday, January 10, 2009

SELAMAT HARI LAHIR YG KE-30 KPD DATUK SITI NURHALIZA

CAMAT ARI LAHIR YG KE-30 PADA DATUK SITI NURHALIZA PD HARI INI IAITU 11JAN09.
SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR DIMURAHKAN REZEKI..
HOPE,SELEPAS UMUR MAKIN DEWASA N MAKIN `MATANG`{BAK KATA DATUK CT KT RADIO N TV TD}, BANYAK PERUBAHAN YG BAKAL DILAKUKAN DATUK CT UNTUK MEMANTAPKAN DIRI DATUK CT TERUTAMANYA DARI SEGI PEMAKAIAN TUDUNG..
JGN MARAH EK DATUK CT..

KONTROVERSI ANTARA GAYA DATUK CT MEMAKAI TUDUNG. SILA LIHAT ANTARA DUA GAMBAR DI BAWAH..
sudah pasti yg litup itu lebih manis kan???
ini cuma sekadar teguran n takde niat nak menjatuhkan DATUK CT.






Tadi intan apload gambar Datuk CT n intan termasuk plak kat 1 web ni..
mengenai cara datuk ct memakai tudung.. intan juz amik cikit2 jer dari citu k sbb banyak sgt kommen yg diberikan..antaranya:-

1. salam….., “wanita bertudung tak semestinya beriman, dan wanita beriman semestinya bertudung”……. “seurat rambut yang didedahkan oleh si isteri menyebabkan si suami diazab dengan seksaan api neraka selama 70 tahun…” arghhhh!!! adakah anda sanggup melihat suami anda diazab dengan seksaan neraka??? bertudung itu adalah satu perintah ALLAH yang nyata… HIJRAH 1429H

2. salam……,wahai DATIN CT,,,,,, belom terlambat untuk anda perbetulkan kesilapan anda,,,,,, jangan ikut seperti umat2 terdahulu,,,,,, hidayah ALLAH sentiasa ada…… janganlah menjadi insan yang jahil,,,,,,, Al-Quran dan sunnah Rasulullah sentiasa ada untuk dijadikan pedoman….

3. Salam…. kpd semo yg chat blog ni.

yg korsang nak sibuk psl Datin Seri Hjh Siti tu pasai apa? dia nak b’tudung ke or tdk.. itu hak PERIBADI siti yang korang nak cite pasal dosa n pahala tu.. korang n family korang tu perfect sgt ke?

Dosa n pahala tu masing2 yg tanggung.. so… jagalah keperibadian korang sendiri.. SENDIRI MAU INGAT……

utk Datin Seri Hjh Siti….. Allah lebih mengenali hambanya… so.. byk2 lah berdoa dan bersabar…. cayang awak..

{BALASAN UNTUK KOMEN NO3 DARI SAPE NTAH}:-
aikk…. mcm mana le blh terlepas dr kandang zone ni tok kembang oiii. ni mesti dapat aduan dr fanatik yg pernah singgah kat sini. kita tgk sejauh mana mereka blh pergi

kalau dah nama fanatik sanggup le bercerai bdn pun tak pe. dosa ke pahala ke itu blkg kira yg penting hati tok kembang mesti di jaga. hahahahaha…dahsyat fanatik tok kembang…

4. senornya pada aku lah, kita miss one very important issue here, nampak remos ka, pakai raincoat ka, pakai baju starwars itu isu sampingan. Aku berpendapat si ct dah sent satu mesej yg amat salah pada semua,

That, it is okay to masih lagi tergedik sana sini lepas baru balik dari mengerjakan haji. Aku rasa adalah amat salah pada org yg baru tak sampai seminggu dua menitiskan air mata depan Kaabah , memohon di kurniakan haji mabrur, mohon di beri keselamatan dunia akhirat , hanya tak sampai sebulan dah balik macam masa dulu kecuali dengan sedikit kain tudung menutup rambut.

Pandangan peribadi aku adalah, kalau masih tak nak atau tak dapat berubah lepas balik dari haji ni maknanya samada kita ni sememangnya tak pernah nak dekat dengan Tuhan atau masih tak layak nak jadi tetamu dia kat tanah suci tu.

Semoga ct berubah dan meninggal terus dunia penuh noda dan dosa tu. Tak payah lah nak ngejar glemer tapi bila mati rakan2 artis yg makai subang dok usung jenazah kita ke kubur. Tak cantik beb.

Semalam, arwah loloq mati hari yg sama dgn arwah dato ishak baharom. Just think about it for a while. Sorang penulis lirik tersohor, sorang lagi ulamak yg tak jemu2 mengajar ilmu ugama pada org ramai. Go figure

5. setuju dgn u genius.. Kita hanya melihat apa yg diluar tapi tak melihat kesan drpd faktor luaran. Memang siti menyampaikan satu mesej yg salah pada masyarakat, dan perkara ni secara sedar atau tidak sedar I pernah perkatakan dlm mesej2 I dulu masa awal I masuk sini….

Orang malaysia ni sukakan hiburan yang lebih ke arah memenuhi nafsu manusia, orang lebih suka perkara hiburan lebih dprd suka kpd ajaran/pendidikan agama. Org lebih suka tengok konsert hiburan dprd pegi tengok ceramah agama.

Dlm hal siti ni pulak, tutup aurat hanya sesuai dimulakan bila usia dah meningkat 40-an sebab waktu tu kecantikan sudah pudar, dan memang dah tiba utk tutup kecantikan yg pudar tu. Mesej ini I tak akan salahkan siti sorang sebab dia bertindak berdasarkan norma masyarakat di sekelilingnya dan sekeliling kita. Satu lagi yg biasa kita lihat, kalau pegi ke masjid2 besar, menghadiri ceramah agama, kenduri arwah etc, kita akan lihat org pakai tudung walaupun di luar kita biasa tengok dia tak pakai pun… kerana ni semua menjadi satu kebiasaan dan norma masyarakat. Sebab tu I rasa kesan drpd sekularisme yg memisahkan tuntutan agama dan kehidupan seharian. Ni semua datangnya drpd penjajahan British dahulu…namun I bersyukur kita tak macam kat Turkey, even org yg berpendidikan tinggi, politicians kat Turkey tak boleh terima kalau masy mereka membenarkan wanita ISlam pakai tudung…

Sekarang ini, apa yg I sangat takut adalah anak2 muda dan generasi yang bakal dilahirkan oleh ibu2 muda sekarang tak boleh menepis dan menapis mana yg buruk dan yg baik. Cthnya pasal artis atau mana2 public figures yg mana mereka ni mudah mempengaruhi minda2 yang sukar membezakan baik dan buruk utk mereka, akan terus mewarisi masalah2 sosial sekarang. Pakai atau tidak pakai tudung itu masalah luaran yg mana kita boleh nampak buruk baiknya seseorang walaupun judgement tu boleh salah, apatah lagi kalau masalah di dlm hati tidak diubati dgn ilmu agama. Jahatnya manusia datangnya dr hati, so pakai tudung tidak semestinya membersihkan niat jahat di hati. Org yg pakai tudung pun boleh buat fitnah, buat maksiat, merosakkan hubungan org lain cthnya menggoda suami orang dsb. Sebab tu I tak suka bersangka baik atau pun buruk pada seseorang kalau kita tak kenal siapa org tu terlebih dahulu… Pasal pakai tudung ni, sapa2 pun boleh pakai sekalipun dia tu bukan-Islam sebab tudung ni hanyalah kain yg boleh menutup. Even lelaki pun boleh letakkan kain ala2 tudung ke kepala… ataupun perempuan yang berniat jahat nak mencuri kat supermarket pun boleh pakai tudung supaya benda yg nak dicuri boleh disembunyikan di sebalik tudungnya…

Tindakan penggantungan faizal atas tindakan buka baju tu, I rasa perlu dilihat semula. Artis wanita pun sepatutnya perlu diambil tindakan sebab memakai baju ala2 berkemban nak pegi mandi ke sungai. I tak tau laaa artis ni guna otak atau pun tidak kalau dah selalu claim diri mereka tu public figures, sepatutnya mereka sampaikan mesej2 yg baik sbg contoh anak2 muda. Maybe sebab rata2 pendidikan mereka setakat SPM menyebabkan pemikiran dan tindak tanduk mereka agak singkat!

6. ‘Jahatnya manusia datangnya dr hati, so pakai tudung tidak semestinya membersihkan niat jahat di hati. Org yg pakai tudung pun boleh buat fitnah, buat maksiat, merosakkan hubungan org lain cthnya menggoda suami orang dsb. Sebab tu I tak suka bersangka baik atau pun buruk pada seseorang kalau kita tak kenal siapa org tu terlebih dahulu…’
agreed sgt..kita tak bole bersangka baik or buruk pada seseorg…pakai tudung nie sbnryer utk melengkapkan yang zahir yg penting nawaitu seseorg tu smada die pakai hanya utk trend or mgkn satu langkah utk perubahan yg lbh baik…
Mana mungkin seorg manusia boleh membaca niat manusia yang lain melainkan kalau manusia tu diberi kelebihan oleh Allah swt dapat membaca niat seseorg tu..
Mungkin juga ada manusia yang boleh baca niat seseorg melalui perbuatan
atau dari hasil penyiasatan atau dari kata2 org atau hanya dari sangkaan kita…
yang mana satu diri kita???
tepuk dada tanya diri sendiri…klu tanya selera nti ikut nafsu…
Seseorg yang berpelajaran tinggi mmg x dinafikan lbh maju dari org yg hanya blaja takat spm…tapi belajar smpi tahap phd ke master kee klu ilmu dia hanya utk menghentam org lain pun xde gunanya..merendahkan lagi tahap seseorg hanya kerana apa yang koorg nampak dari luaran…
maknanya belajar tinggi tapi x pandai memanfaatkannya…
Tahap pemikiran seseorg bukan semata-mata berpandukan berapa jauh koorg pergi belajar dan berapa tinggi tahap pelajaran koorg..Orang yang berilmu tidak akan berpuas hati dengan pencapaiannya. Dia akan sentiasa menimbang, meneliti, mencari-cari akan ketidaksempurnaan diri dan perbuatannya bukan mencari ketidaksempurnaan org lain.
“Seorang yang berilmu bijak membentengi dirinya daripada hasutan syaitan dan hawa nafsunya. Ia bagaikan memiliki indera keenam yang mampu mengesan setiap gerakan zahir dan batinnya.
Benarkah apa yang dilakukannya atau salahkah jalan yang dilaluinya? Semuanya disebabkan ilmunya yang berkat dan bermanfaat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: “Manusia yang mendapat azab paling keras pada hari kiamat ialah orang yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya.” (Hadis riwayat Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi)”
So ape kata klu bg suggestion kat koorg yg berilmu dan berpelajaran tinggi2 nie cb buat amal utk remaja2 bagi kesedaran kepada mereka..ITUPUN KALAU RASA DIRI KOORG LAYAK…
tapi aku sokong kalau niat yang murni tu dilakukan yelah x guna kan kalau blaja tinggi2 x dimanfaatkan takat type dlm blog cakap belaja smpai oversealah smpi phd lah last2 dok cni cuma cari kesilapan org lain utk melepaskan rasa tidak puashati…
lagi banyak kutukan pada dia lagi rezekinya bertambah…so ape hasil koorg???

7. Sungguh impressive lah kata2 mu mizz… memang brilliant!

I rasa I ni memang lah tak layak memberi kesedaran kpd remaja2, sebab I ni tak berpelajaran tinggi, hanya tahu menghentam orang especially idola kesayangan mizz tu… TAPI setiap manusia mempunyai fungsi dan peranannya tersendiri sekalipun seorang nenek tua yang hanya menunggu masa utk meninggalkan dunia, atau pekerja mengutip sampah setiap hari di setiap rumah, atau pemungut tin aluminium di setiap tong2 sampah.

I dengan rasa rendah hatinya, dengan ilmu yg hanya secubit ini merasakan I pun ada peranan dlm masyarakat. Maybe I tak perlu jadi macam siti “mengharumkan” nama negara dgn menyanyi di RAH, mengutip trofi dlm setiap pertandingan nyanyian dsb utk menunjukkan diri I ni LAYAK utk memberi kesedaran pada remaja2. Bagi I cukuplah dgn apa yg I ada, guna kelebihan yang ada membuat kajian mengapa keruntuhan akhlak dan keruntuhan rumahtangga di kalangan masyarakat Melayu meningkat setiap tahun. Apa puncanya? Adakah kerana org Melayu leka dgn hiburan yg keterlaluan sehingga lupa mengisi fikiran dgn ilmu dunia dan akhirat? Adakah kerana media yang sentiasa menyogok picisan? Mengapa perempuan suka kawin dgn orang dah berusia? Apa kualiti yang ada pada lelaki berumur 40an, tetapi tak ada pada lelaki muda? Adakah penceraian disebabkan wanita muda menggoda suami orang dan sebaliknya? Dr segi perkahwinan pulak, adakah cukup dgn duit dlm simpanan utk membuat persiapan perkahwinan semata2 sehingga sanggup berhutang, dan bila ada masalah dlm perkahwinan, hutang pulak tak habis dibayar. Perkahwinan artis2 pulak menjadi ikutan; mesti hantaran hebat2, berhutang sana sini nak kasi perkahwinan menjadi sebutan dsb. Adakah cukup dgn persiapan perkahwinan sudah memadai utk membina hidup berkeluarga dan kurang menitikberatkan ilmu2 keibubapaan, dan ilmu berumahtangga? Dari mana masyarakat dapat idea ini semua? Apa fungsinya “public figures”? Sejauh mana mereka membantu atau at least mengurangkan masalah sosial? Adakah public figures ni hanya nak mengisi periuk mereka semata2 dan mengabaikan peranan mrk thdp masyarakat? Even dulu ada satu kementerian mengatakan mengambil artis2 utk memberi kesedaran kepd muda mudi sebenarnya tidak berjaya membantu mengurangkan masalah sosial.

Kalau setakat berilmu hanya utk mencari kesempurnaan diri sendiri, bagi saya, ilmu itu tidak dimanfaat utk orang lain. Ilmu perlu dikongsi, ia bukan semata2 utk memperbaiki diri sendiri tapi ia bertujuan utk membantu memperbaiki orang lain. Kalau utk dimanfaatkan utk diri sendiri dan memperbaiki diri sendiri sahaja, dgn kata mudah, itu SELFISH. I pernah terdengar dan terbaca yg lebih kurang berbunyi sampaikan kpd orang lain sekalipun satu ayat. Apa yang I ada ini, I sampaikan sahaja, itu terpulang orang terima atau tidak.

Berbalik pada siti, apa yang siti ada sekarang ni bukan kerana usaha dia sorang shj. Teguran, kritikan, dan umpatan orang spt saya sendiri et. al., sebenarnya membentuk siapa siti. Ini semua kerana orang concern pasal siti (fanatik2) dan yang concern tentang pengaruh negatif artis2 (orang yang suka menghentam siti contohnya I sendiri). I kurang setuju “tak perlu jaga tepi kain orang”, sikap tak peduli orang lain secara tidak langsung seperti “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Soalan mudah: Siti menyanyi ni hukumnya apa?

8. CIK MIZZ OIII, KALAU DAH WAJIB MAKA WAJIB LE HUKUMNYA. JANGAN DI TEGAKKAN BENANG YG TOK KEMBANG LU BASAHKAN. KALAU LU TAK NAK PAKAI SO LU TAK PAYAH PAKAI DAN LU TANGGUNG LE DOSA LU SENDIRI. BAGI YG SUDAH TAHU TUDUNG ITU WAJIB MAKA WAJIB LE LAKSANAKAN. TAK PAYAH LU NAK KELUAR STATEMENT2 YG SEBENARNYA TIDAK ADA KAITAN DGN HUKUM WAJIB BERTUDUNG. KALAU LU NAK CAMPURKAN SIKAP SESEORANG YG BURUK JIKA BERTUDUNG ALAMATNYA SEMUA ORG MUSLIMIN TIDAK MENGERJAKAN SURUHANNYA. TUHAN BERI REZEKI PD HAMBANYA DGN MEMOHON DOA DAN BERUSAHA TAPI ADA KE HAMBANYA MELAKSAKAN APA YG TUHAN MINTA??? MAKIN BYK BERDALIH ADA…. JAWAPAN PALING SENANG “TAK MAHU”. tak payah jawab mcm tok kembang kata “tak selesa”. dulu kenapa plak boleh selesa??? tunduk mcm org kampung jln terkepot2 sopan santunnya.

LAIN KALI JGN CELUPAR ATAU SUKA CAKAP NAK TUNJUK BAIK NAK PAKAI TUDUNG. BILA TAK LAKSANAKAN ORG NGUMPAT LU. BILA DAH PAKAI PLAK ORG STILL KUTUK LU. TAPI ADA KE PK GUNA OTAK YG LU PERASAN BAGUS SGT YG LU PAKAI TU BETUL? KALAU TAKUT DAN TAK SUKA ORG MENGUTUK SO JGN LE JUAL MARUAH LU YG DAH MURAH TU

9. SALAM, buat semua yg dihormati, dulu dari mula siti melutup smpai le dia hangit aku memang minat kat die giler2…tpi sjak tahun 2007/2008 ni aku dh jadi muak tengok dia, aku pn x tau nape, aku yg bermasalah mungkin, atau dia yg dh berubah…pertama perkahwinan ct dgn dato’ K, aku x tau dia kahwin atas dasar ape..tp itu memg x bleh komen pnjag..sbb jodoh Allah tentukan..tp yg jadi peliknya kenape dia sanggup berkahwin dgn suami orang sdgkan dia tahu org tersebut adalah suami dan bapa kepada orang lain dan pemimpin dalam sesebuah keluarga tersebut. dan dato’ K sendiri aku pn x tau sbb ape dia kawin dgn siti, mungkin sebab siti 2 mude dan cantik berbanding bini pertame dia..kdg2 aku rase doto’ k ni mata keranjang, pantang npak pompuan cantik, lemah lembut dan comel 2 mula le dia nk merase..wallahua’lam…mane kita tau hati org kan..tp Allah tau.. sdgkan dia adalah suami kpd isteri dan bapa kpd anak2ny.. stu lg, tentang ct bab pkai tudg, dulu mase mule blik haji elok je tutupnye tp skrg dh bonjol ke depan plak remosnye..akan dtg wallahua’lam…kan kita diingatkan supaye hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini…tp aku tengok siti ni lain plak…kdg2 nampak mcm hipokrit le plak…ntahle..aku pn ade kelemahan gak…tp sbg manusia kita diberi akal untuk berfikir…kallaulah ct terbace ape yg aku tulis ni harap-haraplah dia bleh muhasabah diri dia, bkan dia x tau dosa pahala, syrga nerake..dia dibesarkan dlm suasane kampung melayu dan org islam..akupn x tau dia tgh tgu ape nk tutup aurat dia betoi2..nk tgu stunami ke pun..nauzubillah..ingatla wahai siti nurhaliza, skrg wajahmu indah bak bidadari sehingga kau menjadi pujaan ramai manusia yg hilang arah dan panduan kerane terpukau dek kecantikan wajah dan susuk tubuh mu sehingga goyahnye jugak kasih syg seorang suami terhadap isteri dan ank-anknye.. apakan daye hidupmu di alam barzakh nanti, mungkinkah wajahmu indah bak bidadari? tidak, wajahmu hodoh dan keji dimakan ulat-ulat tanah dan ular berbise kerane wajamu kau gunekan untuk menyesatkan umat manusia akhir zaman..apakah kamu mempunyai peminatmu seperti di dunia..tidak! Allah dan malaikat akan melaknatmu kerane hidupmu di dunia yg mengecewakan umat nabi Muhammad…sedarlah…rakan2 kita semua pasti mati..dunia adalah pentas lakonan, Al-Quran adalah skripnye…malaikat dalah cameraman nyer..dan Allah adalah directernye dan syrga nerakalah anugerah terakhirnya…

10. sye rase hajjah siti 2 serupa je pakai tdung dengan xpakai tdung coz pkai bju pn ketat gak….pakai tdung nampak anting2 gak…nampak jambul die…
dah jd hajjah xkn xtau hukum g kot????
pelik r…cube pkai tdung lek lok…tp kebyakan artis pkai tdung pn npak leher dowang yg gebu 2…tetap berdosa gak…
pkai r cm waheeda…litup n elok..
xnpak jmbul pn..

p/s:-maaf k..ni intan amik dari blog saper ntah.. ada mcm2 lagi yg hangat tentang DATUK CT kat cini.. nak tau lebih lanjut, juz taip SIMPLY SITI NURHALIZA ZONE..
bkn nak kondem ct jer..but ini semua satu pengajaran buat semua wanita yg diluar sana...
actually depends apa sebenarnya pengertian tudung itu sendiri kpda si pemakai…untuk peredaran fesyen ke? untuk sekadar suka-suka ke? untuk sekadar cukup syarat ke? atau untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat kerana suruhan agama dan menjadi wanita solehah? renungkanlah bersama ye…..

SEKALI LAGI INTAN MINTAK MAAF KALAU PENULISAN BLOG INI MENYINGGUNG HATI DAN SANUBARI MANA2 PIHAK..INI SEMUA UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA K..
WASALAM...

1 comment:

  1. tq wish besday kat akak...voley x cmtuh?? heehhehe...nama akak pon ader nurhaliza gak tau..ehehe..:)

    ooo nk wat rujukan blog akak ek?? ok2 voley2...tp blog akak biasa2 je la sygku...:)

    ReplyDelete